Thunderbird Cara Mudah Membaca, Menerima dan Menghantar Emel

Masih ramai diantara kita membaca dan menerima emel daripada Squirrelmail, UebiMiau dan sebagainya seperti terdapat di dalam “Control Panel Webhosting“.

Disini aku berikan sedikit alternatif (jalan lain) untuk membaca dan menerima dan juga menghantar emel dengan menggunakan Mozilla Thunderbird.

Langkah Pertama
Muat turun program Mozilla Thunderbird dan pasang (install) perisian tersebut ke komputer anda
Get Thunderbird!

Langkah Kedua
Setelah selesai anda memasang Mozilla Thunderbird ke komputer, ikuti langkah seterusnya.

Import Wizard
Ini paparan pertama setelah anda selesai memasang Mozilla Thunderbird. Ini merupakan proses import data daripada Outlook Express atau Ms Outlook.

Sekiranya anda pernah menggunakan Outlook Express atau Ms Outlook pilih antara satu untuk megambil data lama dari perisian tersebut.

Untuk entri ini aku syorkan pilih yang ketiga iaitu Don’t import anything

Import Wizard


Langkah Ketiga
Setelah itu anda akan dipaparkan antaramuka seterusnya iaitu “Account Wizard

Account Wizard

Sila pilih Email Account dan klik pada butang Next

Langkah Keempat

Isikan nama anda dan alamat akaun emel pada ruangan seterusnya dan klik pada butang Next.

Account Wizard

Langkah Kelima
Sila Pilih POP dan abaikan IMAP. Masukkan “Incoming Server” dan “Outgoing Server’ dan klik butang Next.
Perlu diambil perhatian disini. Sila pastikan alamat incoming & outgoing server anda. Dimana? Emel pertama setelah anda berjaya membeli perkhidmatan Webhosting yang mana emel menyatakan maklumat hosting anda.

Adakalanya Penyedia Webhosting memberikan alamat yang berlainan selain mail.domainanda.com. Mungkin pop.domainanda.com dan mungkin juga pop3.domainanda.com

Account Wizard

Langkah Keenam
Isikan Incoming User Name dan klik butang Next

Account Wizard

Langkah Ketujuh
Isikan Account Name. Ini merupakan tag anda. Sekiranya anda berminat Cerita Naruto isikan Naruto. Sekiranya tidak! isikan nama domain anda supaya mudah untuk dikenal pasti.

Account Wizard

Langkah Kelapan
Tahniah! anda berjaya mengisi semua maklumat yang diingini. Sekiranya ada berlaku kesalahan gunakan butang Back untuk mengubah suai.

Account Wizard

Langkah Kesembilan
Setelah anda menekan butang Finish anda akan dipaparkan dengan Paparan Memasukkan Katalaluan. Sila pilih Cancel! Kenapa? Ikuti langkah seterusnya

Masukkan Katalaluan

Langkah Kesepuluh
Kenapa pilih cancel? Di sini jawapannya. Pergi ke Menu Tools > dan pilih Account Settings

Account Settings

Account Settings

Langkah Sebelas

Setelah anda klik pada Account Settings, sila klik pada Server Settings Sila tick pada ruangan kotak
Leave messages on server dan tick pada Until I delete them dan klik butang OK

Account Settings

Dengan cara tick pada ruangan diatas, anda boleh menyimpan salinan emel di server. Sekiranya anda tidak tick pada ruangan diatas maka semua emel akan dimuat turun dan tiada pendua atau salinan di server. Semua emel yang berada diserver akan dimuat turun habis habisan. Pilihan ini adalah terpulang kepada anda. Pilihan yang bijak membuatkan kita bertindak dengan baik. hehe

Cara Menerima Emel
Klik pada Ikon “Get Mail” dan tetingkap kata laluan akan terkeluar dan masukkan katalaluan emel anda. Kandungan emel anda akan dimuat turun dengan bangganya selepas proses ini.

Kebarangkalian : Sekiranya katalaluan anda betul tetapi masih keluar ralat mengatakan katalaluan anda salah. Pergi ke Menu Tools > Account Settings dan tukar User Name kepada alamat emel anda seperti contoh emel@domainanda.com dan klik OK. Ulangi dengan menekan Ikon Get Mail

Account Settings

Cara Menghantar Emel
Klik pada Ikon Write dan tulis seperti biasa kepada dan siapa orang yang anda ingin kirimkan emel.

Hantar Emel

Maka dengan ini berakhirlah entri kita pada kali ini.

Ulangi proses yang sama sekiranya akaun emel anda melebihi satu. Jadi mula dari hari ini, maka gunakan Mozilla Thunderbird untuk menghantar dan menerima emel.

Selamat mencuba. Sebarang permasalahan dan pertanyaan gunakan ruangan komen untuk bertanya. Selamat mencuba dan godel-godel lah selalu.

One Response to “Thunderbird Cara Mudah Membaca, Menerima dan Menghantar Emel”

  1. mayla Says:

    halo

Leave a Reply