Tentang Kami
Sebelum aku memperkenalkan diri dengan lebih lanjut, ruangkan masa selama 3 minit :18 saat untuk melihat klip video ini. Ianya berkenaan tentang kami. Al-Fatihah kepada Allahyarham Sudirman Hj Arshad (25 May 1954 - 22 February 1992).
Sebenarnya aku tiada kaitan dengan klip video di atas mahupun Allahyarham Sudirman Hj Arshad (25 May 1954 - 22 February 1992), tetapi ianya bersangkut paut dengan kelahiran aku di Temerloh Pahang
Seorang yang berjiwa keras sewaktu marah dan berjiwa lembut ketika bermandi manda. Begiat dalam bidang IT sejak tahun 1998 iaitu mirc. ( dalam kurungan wakakaka ).
Gemar untuk mencipta dan mereka sesuatu perkara di atas perisian grafik, pengaturcaraan dan juga mampu menatap komputer dari pagi hingga ke malam.
Versimelayu merupakan blog yang pertama setelah lama aku berkecimpung dalam industri ini. Blog yang bersahaja menceritakan perkara-perkara keadaan sekeliling aku.
Diikuti dengan Blog Berkongsi Resepi. Blog bagi peminat peminat resepi masakan berkumpul untuk berkongsi masakan. Kalau kalian suka memasak mari kita berkongsi resepi
Semoga kita dapat berkongsi maklumat dengan adanya blog ini. Sebarang pertanyaan boleh lah dihantar ke ruangan hubungi.
Sekian Terima Kasih