Pligg sistem pengurusan kandungan yang mudah

Pligg adalah satu perisian web sumber terbuka. Ciri-ciri utama yang membuat Pligg unik adalah kolaboratif bookmarking, perangkaian sosial, dan blogging.

Pligg Setiap hubungan berita, unit kandungan, artikel @ sebagainya dinilai dengan sebiji butang :P. Pligg mungkin baru bagi kita, tetapi impak & kesannya amat luas & mendalam. Pligg mungkin sesuai disamakan dengan Digg. Lihatlah dunia! aplikasi web terkini & ianya amat mudah.

Di Malaysia ni aku terlawat sebuah laman web iaitu MalaysiaStory yang menggunakan Pligg. Senang dan mudah untuk pengumpulan artikel-artikel dari Malaysia. Lawat, hantar, komen & nilai (vote) kerja², hasil tulisan @ artikel seseorang.

Antara laman web yang menggunakan pligg adalah
http://www.feedthebull.com/
http://webhostpickr.com/
http://www.plantchange.com/au/

Teringin untuk memiliki Pligg? lawati www.pligg.com

Mungkin juga patut kita perbanyakkan laman web seperti www.malaysiastory.net untuk bacaan yang rambang.

Buatlah satu tempat social bookmarking untuk versi melayu. Himpunkan artikel / tulisan / karangan berbahasa melayu. Bukan untuk dinilai atau diagung-agungkan tetapi sesuai untuk dikatakan sebagai perkongsian maklumat internet.

Mungkin tak sanggup kita nak melawat semua laman web dimalaysia ini atau mungkin tak sempat untuk dilawat. Dengan adanya web aplikasi seperti ini memudahkan kita untuk berkongsi ilmu dengan pengumpulan maklumat pada satu laman web. Berbaloi ka?

Secara tak langsung aku mem”promote” www.malaysiastory.net @ www.digg.com.my. Mari kita hantar artikel² kita ke sana.

3 Responses to “Pligg sistem pengurusan kandungan yang mudah”

  1. aman Says:

    digg.com.my pun gune pligg gak ke? rasanya tak kan…???

  2. versimelayu Says:

    tak :)

  3. eviriyanti Says:

    Kesulitan apa yang terjadi saat kita menggunakan pligg? Lalu pluggin pligg juga tidak semua bisa di install di php4… bukan begitu?

Leave a Reply