Mei 6th, 2007
Bestkan kalau dapat download lagu lagu dari youtube ke komputer dan handphone. Paling best kalau kita dapat masukkan klip klip menarik di youtube ke handphone peribadi kita. Lagu yang kita minat, komedi yang kita suka dan macam macam lagi la.
Format klip dari Youtube adalah FLV. So kalau kita nak main dalam handphone sudah tentu tak boleh kerana kebanyakan handphone menggunakan format .3GP @ .MOV @ MP4
Dengan adanya perkhidmatan percuma dari vixy.net memang menarik. Kita boleh pindah turun klip-klip dari Youtube dengan beberapa format seperti
.MOV for Mac (MPEG4 + MP3)
.MP4 for iPod/PSP (MPEG4 + AAC)
.3GP for Mobile (MPEG4 + AAC)
.MP3 (audio only)
Ikuti langkah-langkah dibawah
Pertama : Lawati http://vixy.net/
Kedua : Pilih mana mana klip dari youtube dan salin URL tersebut : Contoh http://youtube.com/watch?v=e87hBS3DDE4
Paste URL dari Youtube form di laman Vixy.net.
Read the rest of this entry »
Posted in Aplikasi, Youtube, Web | 39 Comments »
Mei 5th, 2007
Mungkin ramai yang tahu & mungkin jugak masih belum tahu. Kebanyakkan borang-borang di laman web kerajaan @ sebagainya adalah berformat .PDF.

Mungkin kita biasa dengan Adobe Reader. Dimana saiznya sebesar 20.8MB untuk didownload bagi membaca file .PDF yang mungkin hanya sebesar 100KB @ sebagainya. Acrobat Reader juga akan memakan jumlah memori yang besar ketika prosesnya berjalan.
Read the rest of this entry »
Posted in Aplikasi | No Comments »
Mei 5th, 2007
Microsoft dalam perbincangan untuk membeli yahoo.! Perbincangan masih lagi diperingkat awal. Tapi kalau betul macam mana?
Adakah ini disebakan faktor untuk penguasaan saham di Amerika? Ini satu tindakan & idea buruk Microsoft.
Apa pendapat korang?
Sumber : Nypost , Wsj, CNN
Posted in Yahoo, Google, Microsoft, Internet | 15 Comments »
Mei 5th, 2007
Kebiasaannya kita akan membuka pelbagai laman web untuk mencari maklumat. Pastikah laman web tersebut selamat untuk dilayari? Mungkin YA atau mungkin Tidak.
Dibawah adalah cara mudah & berkesan untuk menghidarkan diri daripada terkelik pada banner-banner pada sesebuah laman web. Pengguna addon bagi Firefox adalah percuma. Tak perlu kita membeli atau membayar untuk menentang malware @ spyware melalui banner.
Arahan Bagi Pelayar Firefox
- Download file Hapus Banner (Kelik kanan - Save As)
- Download addons Adblock Plus
- Restart Firefox
- Buka Firefox semula
- Pilih menu Filters - Import Filters… - Pilih file hapus_banner.txt
- klick overwrite atau append.
- Klick OK, selesai.
Buka laman web www.bharian.com.my maka dengan ini tiada lagi banner baner disitu
Selamat mencuba
Posted in Firefox, Internet | 3 Comments »
Mei 5th, 2007
Wah! wajahnya baru. Maka dengan ini versimelayu telah diubah suai dari segi konsep & tema. Sekian
Posted in Umum | 4 Comments »
Mei 4th, 2007
Baju ni dicop sebagai tanda amaran kepada aku & kita semua. Al maklum orang macam aku ni. Kerja tak berpeluh hari hari mengadap komputer tanpa sebab :). Hari hari minum air manis. badan pun makin naik. Bersukan pun tidak! Duduk sekejap pun kaki dah rasa kebas! ada tanda-tanda tu. Petang semalam aku cop baju untuk kesedaran diri sendiri.
Lakaran

Read the rest of this entry »
Posted in Pendidikan | 20 Comments »
Mei 3rd, 2007
VS 
Milan menundukan MU pada awal pagi tadi. 3-0 dengan agregat 5-3!
haha.. melepas aku nak nengok MU vs liverpool..

sebab hujan ke MU kalah? huhu.. game lebih pada MU tadi.. tapi nak buat macam mana takde luck @ nasib.
Posted in Sukan | 4 Comments »
Mei 3rd, 2007

Pertama kali aku lawat laman web ni tak percaya jugak.
Guerrilla Mail menyediakan perkhidmatan email pakai buang. Ianya boleh digunakan dalam tempoh 15minit sahaja.
Tetapi kita boleh mintak @ request masa tambahan. Dengan klik Give me 15 more minutes maka masa kita akan di kekalkan 15 minit lagi.
Tapi berapa lama korang sanggup request? hahaha.. tapi menarik la email ni.
The e-mail expires in: 9 Min 56 Sec
Kelik sini untuk ke Guerrilla Mail
Posted in Komputer, Internet | 4 Comments »
Mei 3rd, 2007
SEORANG penunggang yang melalui laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan kelihatan membawa banyak barang terpakai sehingga bungkusannya mencecah permukaan jalan raya. Tindakan penunggang ini bukan saja bahayakan diri sendiri, tetapi turut mengancam nyawa pengguna jalan raya lain.
Sumber : Bharian

Aku rasa orang ni selamat kalau berlaku kemalangan. kiri kanan & belakang kotak. lembut tu kalau jatuh
Posted in Umum | No Comments »
Mei 3rd, 2007

Menarik untuk dikongsi. Laman web me.tv menyediakan perkhidmatan perkongsian klip-klip video.
Kita dikenakan cas sebanyak $25 setahun bagi setaip domain.tv. Apa yang menarik telah mereka menyediakan template.
Mungkin ramai diantara kita biasa dengan myspace, friendster atau sebagainya. ME.tv seperti itu! tetapi ianya lebih kepada web koleksi klip-klip video. kita boleh masukan klip dari YouTube.com, Yahoo.com, Google.com, MySpace.com, iFilm.com, dan Revver.com
Antara contoh web di me.tv adalah carsondaly.tv
Read the rest of this entry »
Posted in Internet, Web | 2 Comments »