Archive for the ‘Wordpress’ Category

Gunakan Texter! Cara paling cepat mengisi Web Form

Isnin, Jun 18th, 2007

Pernah dengar Texter (Windows)?

Disini aku nak berkongsi satu perisian yang cukup cepat untuk kita mengisi ruangan form di laman web. Seperti contoh Komen Untuk Wordpress. Lihat Klip dibawah.

Langkah Pertama
Muat Turun Lifehacker Code: Texter (Windows) dan pasang (install)

Langkah Kedua
Buka Texter dan tekan butang keyboard CTRL+SHIFT+H atau klik pada butang + disebelah -

Satu popup akan keluar.

  • Hotstring : Isi kan nama singkatan. Contoh wp @ wordpress
  • Sila pilih Script pada downlist menu
  • Enter your replacement text here…
  • Isikan ruangan tersebut dengan Nama Anda{Tab}emel@domainanda.com{Tab}http://www.domainanda.com{Tab}Komen Anda
  • Trigger :Tick pada Tab dan klik ok

Lifehacker Code: Texter (Windows)

Langkah Ketiga
Buka ruangan komen Blog rakan anda dan pada ruangan pertama NAMA isikan wp dan tekan butang TAB pada keyboard. Semua ruangan form akan diisi secara otomatik.

Aplikasi ini boleh digunakan untuk semua web form di internet. Dengan sedikit kajian dan penyelidikan anda boleh menggunakannya di forum, emel dan sebagainya.

Maklumat lanjut boleh di dapati di Blog Lifehacker.

Selamat Mencuba

Wordpress Versi Melayu

Khamis, Jun 14th, 2007

Aku lihat ramai yang menggunakan Wordpress artikelnya berbahasa melayu dan themes nya juga berbahasa melayu.
Disini ada cara mudah untuk kita menukar sesetengah perkara ke bahasa melayu seperti contoh link hypertext.
Dengan cara memuat turun file ms_MY.mo anda boleh menukar Wordpress anda dari English kepada Bahasa Melayu.

Cara-caranya

1. Muat Turun File ms_MY.mo
2. Bina folder languages di dalam folder wp-includes anda. (wp-includes/languages)
3. Muat naik file ms_MY.mo kedalam folder languages yang telah anda bina tadi.
4. Ubah suai file wp-config.php. Cari perenggan seperti di bawah :

define ('WPLANG', '');

tukar kepada

define ('WPLANG', 'ms_MY');

5. Cuba refresh browser anda dan login ke wp-admin, anda akan saksikan perubahannya.

Anda juga digalakkan untuk melakukan projek penterjemahan ini di Malaysia.Wordpress.net dan juga enrti lengkap bagi tajuk kita pada kali ini di Wordpress Versi Melayu

Jadikan Blog Anda Sebagai Mesra-Google

Rabu, Jun 13th, 2007

Bagaimana kita membenarkan robot-robot google merangkak masuk ke laman blog kita dengan cara yang tersusun? Ikuti langkah-langkah dibawah.

Langkah Pertama
Daftarkan laman blog anda di Google dengan cara menaip atau klik pada link http://www.google.com/addurl/

Daftarkan laman blog anda di Google

Langkah Kedua
Capai pautan ke Google Webmasters Tools. Login mengguna akaun google anda (gmail) atau bina akaun baru.

Setelah anda masuk ke Webmaster Tools Dashboard akan tertera satu ruangan form Add Site. Isikan ruangan tersebut dengan alamat blog anda.

Sekiranya alamat blog anda http://www.contoh.com/ isi dengan http://www.contoh.com/.
Sekiranya alamat blog anda http://www.contoh.com/blog/ isi dengan http://www.contoh.com/blog/
Sekiranya alamat blog anda http://blog.contoh.com/ isi dengan http://blog.contoh.com/

contoh

Langkah Ketiga
Setelah selesai langkah kedua, anda dikehendaki untuk Verify your site.

Verify your site

Selepas anda klik pada Verify your site ikuti langkah seterusnya iaitu verify web anda dengan 2 cara iaitu

1. META tag.
2. Memuat naik file html.

Disini aku lebih syorkan kalian semua memuatnaik file HTML.

(more…)

Wordpress 2.2 telah dikeluarkan

Rabu, Mei 16th, 2007

Dimana ? http://wordpress.org/download/

Apa tambahan versi 2.2 ? http://wordpress.org/development/2007/05/wordpress-22/

Bye :)

Perlukah WP e-Commerce Lite?

Sabtu, Mei 12th, 2007

Wordpress dalam dunia webblog memang amat luas penggunaanya. Secara rambang atau asas kebanyakkan blog ditulis untuk luahanan dan lebih kepada personaliti peribadi. wordpress telah diamati dengan lebih dalam dan ada diantara kita mencipta pelbagi jenis plugins. Secara rambang atau asas kebanyakkan blog ditulis untuk luahanan dan lebih kepada personaliti peribadi.

Tapi tahukah kita penggunaan wordpress telah diamati dengan lebih dalam dan ada diantara kita mencipta pelbagi jenis plugins telah dicipta bagi kemudahan yang berkesusaian kepada kita.

e-Commerce Lite
(more…)

Hosting di komputer sendiri?

Rabu, Mei 2nd, 2007

Mungkin ramai yang tahu & mungkin ramai jugak tidak tahu. Kat sini aku nak kongsi macam mana korang nak buat webhosting pada komputer @ laptop korang.

Langkah dibawah adalah untuk menjalankan webserver (apache+php+mysql) diatas OS windows XP @ Vista @ yang terdahulu 98/ME. Memana pun boleh.

(more…)

Malam pertama

Rabu, Mei 2nd, 2007

Hari ini aku beli domain berjenama versimelayu.com.
Hari ini aku sewa webhosting murah.
Hari ini aku bangunkan laman web yang berenjinkan Wordpress
Hari ini aku download theme dekat themes.wordpress.net

Kenapa pilih nama versimelayu.com? sebab aku nak guna malaysia.com dah ada. nak guna melayu.com pun dah ada. aku tambah versi kat depan. nak guna versimalaysia tak sedap didengar pulak. maka jadilah versimelayu.com.

Kenapa sewa hosting murah? Sebab duit tak berapa nak membiak.

Kenapa bangunkan lawan web ni? Sebab aku tengok ramai org suka buat blog. aku pun buat jugak.

Kenapa pilih theme ni? sebab aku suka. cubalah cari kat themes.wordpress.net tu. taip bloggingpro ada keluar 3 theme dari Design Disease

(more…)