Archive for the ‘Internet’ Category

Thunderbird Cara Mudah Membaca, Menerima dan Menghantar Emel

Ahad, Jun 17th, 2007

Masih ramai diantara kita membaca dan menerima emel daripada Squirrelmail, UebiMiau dan sebagainya seperti terdapat di dalam “Control Panel Webhosting“.

Disini aku berikan sedikit alternatif (jalan lain) untuk membaca dan menerima dan juga menghantar emel dengan menggunakan Mozilla Thunderbird.

Langkah Pertama
Muat turun program Mozilla Thunderbird dan pasang (install) perisian tersebut ke komputer anda
Get Thunderbird!

Langkah Kedua
Setelah selesai anda memasang Mozilla Thunderbird ke komputer, ikuti langkah seterusnya.

Import Wizard
Ini paparan pertama setelah anda selesai memasang Mozilla Thunderbird. Ini merupakan proses import data daripada Outlook Express atau Ms Outlook.

Sekiranya anda pernah menggunakan Outlook Express atau Ms Outlook pilih antara satu untuk megambil data lama dari perisian tersebut.

Untuk entri ini aku syorkan pilih yang ketiga iaitu Don’t import anything

Import Wizard

(more…)

Jadikan netvibes sebagai “bookmark” anda

Rabu, Mei 16th, 2007

netvibes

Bagi yang baru dengan netvibes anda patut cuba. Dengan satu laman memberikan banyak paparan. Menarik sekali untuk digunakan. Susun atur laman yang anda suka dengan cara tarik menarik.

Info yang ringkas untuk anda semua. Selamat mencuba :)

Power Football - Permainan bola sepak online :)

Isnin, Mei 14th, 2007

Kalau korang minat main game bola seperti UEFA Champions League™ 2006 - 2007 korang kena cuba permainan bolasepak online di PowerChallenge.com

Power Football Power Football

Korang tak perlu install @ pasang sebarang perisian kerana permainan ini berasakan web-based. Permainan ini adalah percuma.

Maklumat yang menarik tentang Malaysia

Isnin, Mei 14th, 2007

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui fakta yang menarik tentang Malaysia boleh lawati CIA. Segala data adalah yang terkini :) menarik bukan?

Populasi terkini di Malaysia adalah 24,821,286 :) betul ka?

18sx - Statistik laman web lucah :-x

Isnin, Mei 14th, 2007

Klip yang disertakan adalah bersifat 18SX. Bagi sesiapa yang berumur bawah daripada 18tahun sila dapatkan kebenaran daripada abang, kakak, emak, ayah dan penjaga.

Klip statistik ini adalah daripada GOODMagazine. Menarik untuk dikongsi sebagai maklumat tambahan.

  • 89% laman lucah dicipta @ dibangunkan di USA.
  • $2.84 bilion adalah pendapatan tahunan yang telah dihasilkan dari laman web lucah di USA. Pada tahun 2006.
  • $89 / sesaat berbelanja ke atas laman web lucah.
  • 72% pelawat adalah daripada golongan lelaki.
  • Sebanyak 260 laman web lucah dibina setiap hari .

(more…)

30 saat untuk membina blog!

Jumaat, Mei 11th, 2007

Bagi yang belom mempunyai & ingin mempelajari blog @ ingin menambah koleksi blog patut cuba tumblr. Sangat mudah & cepat untuk membina blog. Ianya lebih ringan berbanding dengan enjin blog yang ada sekarang :)

30 saat untuk membina blog! tumblr

Klik sini untuk Tumblr

Antara contoh web yang menggunakan tumblr :

http://12xu.tumblr.com/
http://www.kungfugrippe.com/
http://leo.tumblr.com/

Ubahsuai gambar secara online?

Khamis, Mei 10th, 2007

Buntu untuk memilih perisian @ aplikasi untuk mengubah suai photo @ gambar gambar kita @ nak letak @bubuh efek-efek pada gambar?

dibawah adalah contoh gambar yang aku ubah menggunakan salah satu web.

SEBELUM
sebelum

SELEPAS
selepas

Kita boleh gunakan pelbagai perkhidmatan pengubah suaian gambar secara online. Antaranya seperti berikut :

(more…)

Meebo kombinasi kepelbagaian yang mudah!

Khamis, Mei 10th, 2007

Mungkin dah ramai tahu & mungkin jugak yang belum tahu dengan kepelbagaian yang disediakan oleh meebo.

Meebo sebuah laman web bagi kumpulan kiriman seketika untuk dimana-mana sahaja. Ada yang suka menggunakan IM, Yahoo!, MSN, Google Talk, ICQ dan juga Jabber. Perlukah kita memasang “install” kesemua perisian ini semua? Tak perlu sekiranya kita menggunakan Meebo. Meebo adalah satu perkhidmatan yang percuma dengan gabungan kesemua aplikasi diatas. Ianya mudah & senang untuk digunakan. Pengguna lebih kerap menggunakan Meebo apabila berada jauh dari komputer peribadi cth ketika balik kampung.

Meebo kombinasi kepelbagaian yang mudah!

Meebo juga menyediakan widget bagi memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan seseorang. Contoh widget bagi meebo seperti berada di Versimelayu sekarang. Tetapi harus ingat, ianya lebih kepada komunikasi peribadi dan bukannya seperti shoutbox yang lain lain. Borak dengan Saya!

Meebo selamat digunakan dimana-mana saja. Kenapa? setiap kali kita login masuk ke akaun, katalaluan kita akan di encrypt terlebih . Ianya bagi mengelakkan kecurian seperti “KeyLogger” Apa lagi jom cuba :)

Pligg sistem pengurusan kandungan yang mudah

Isnin, Mei 7th, 2007

Pligg adalah satu perisian web sumber terbuka. Ciri-ciri utama yang membuat Pligg unik adalah kolaboratif bookmarking, perangkaian sosial, dan blogging.

Pligg Setiap hubungan berita, unit kandungan, artikel @ sebagainya dinilai dengan sebiji butang :P. Pligg mungkin baru bagi kita, tetapi impak & kesannya amat luas & mendalam. Pligg mungkin sesuai disamakan dengan Digg. Lihatlah dunia! aplikasi web terkini & ianya amat mudah.

Di Malaysia ni aku terlawat sebuah laman web iaitu MalaysiaStory yang menggunakan Pligg. Senang dan mudah untuk pengumpulan artikel-artikel dari Malaysia. Lawat, hantar, komen & nilai (vote) kerja², hasil tulisan @ artikel seseorang.

Antara laman web yang menggunakan pligg adalah
http://www.feedthebull.com/
http://webhostpickr.com/
http://www.plantchange.com/au/

Teringin untuk memiliki Pligg? lawati www.pligg.com

(more…)

Microsoft ingin beli Yahoo?

Sabtu, Mei 5th, 2007

Microsoft dalam perbincangan untuk membeli yahoo.! Perbincangan masih lagi diperingkat awal. Tapi kalau betul macam mana?

Adakah ini disebakan faktor untuk penguasaan saham di Amerika? Ini satu tindakan & idea buruk Microsoft.

Apa pendapat korang?

Sumber : Nypost , Wsj, CNN