Archive for the ‘Firefox’ Category

Hilangkan Butang Go di Firefox

Ahad, Jun 17th, 2007

Ini merupakan entri dibawah kategori baru iaitu “Godel”.
Bagi yang tidak berminat untuk menekan butang Go pada Firefox, anda boleh menghilangkannya dari pandangan mata dengan mudah sekali. Ikuti 2 langkah mudah dibawah

Cara-caranya
1. Tulis about:config pada URL bar pada firefox dan tekan enter. Seperti gambarajah dibawah

about:config

2. Pada Filter Firefox Config, taip browser.urlbar.hideGoButton. Jadikan value browser.urlbar.hideGoButton kepada true dengan menekan tetikus anda sebanyak dua kali (double click). Butang Go akan hilang secara langsung setelah anda mengubah value tersebut dari false kepada true.

browser.urlbar.hideGoButton

Mudahkan? Selamat “mengodel”.

Melayari Internet tanpa iklan dengan Firefox

Sabtu, Mei 5th, 2007

ABPKebiasaannya kita akan membuka pelbagai laman web untuk mencari maklumat. Pastikah laman web tersebut selamat untuk dilayari? Mungkin YA atau mungkin Tidak.

Dibawah adalah cara mudah & berkesan untuk menghidarkan diri daripada terkelik pada banner-banner pada sesebuah laman web. Pengguna addon bagi Firefox adalah percuma. Tak perlu kita membeli atau membayar untuk menentang malware @ spyware melalui banner.

Arahan Bagi Pelayar Firefox
- Download file Hapus Banner (Kelik kanan - Save As)
- Download addons Adblock Plus
- Restart Firefox
- Buka Firefox semula
- Pilih menu Filters - Import Filters… - Pilih file hapus_banner.txt
- klick overwrite atau append.
- Klick OK, selesai.

Buka laman web www.bharian.com.my maka dengan ini tiada lagi banner baner disitu :D

Selamat mencuba