Archive for the ‘Entri Ringkas’ Category

Streamyx Yang Mendukacitakan!

Khamis, Jun 21st, 2007

Capaian download hanya sekadar 1.3 kilo bytes per seconds! Apa ni? Aku bayar tiap-tiap bulan bil langganan kau! Ba alif ba ya!. Bukan sehari dua! Tapi dah seminggu. Kau orang ada masalah dengan TMNUT?

Wordpress Versi Melayu

Khamis, Jun 14th, 2007

Aku lihat ramai yang menggunakan Wordpress artikelnya berbahasa melayu dan themes nya juga berbahasa melayu.
Disini ada cara mudah untuk kita menukar sesetengah perkara ke bahasa melayu seperti contoh link hypertext.
Dengan cara memuat turun file ms_MY.mo anda boleh menukar Wordpress anda dari English kepada Bahasa Melayu.

Cara-caranya

1. Muat Turun File ms_MY.mo
2. Bina folder languages di dalam folder wp-includes anda. (wp-includes/languages)
3. Muat naik file ms_MY.mo kedalam folder languages yang telah anda bina tadi.
4. Ubah suai file wp-config.php. Cari perenggan seperti di bawah :

define ('WPLANG', '');

tukar kepada

define ('WPLANG', 'ms_MY');

5. Cuba refresh browser anda dan login ke wp-admin, anda akan saksikan perubahannya.

Anda juga digalakkan untuk melakukan projek penterjemahan ini di Malaysia.Wordpress.net dan juga enrti lengkap bagi tajuk kita pada kali ini di Wordpress Versi Melayu

Selamat Kembali VersiMelayu.com

Rabu, Jun 13th, 2007

Setelah beberapa lama menyepikan diri, aku terusik untuk menghidupkan semula versimelayu. Terima kasih atas sokongan tuan/puan terhadap blog ini. Ada beberapa rombakan yang dilakukan pada kali ini terutamanya Tema Kulit yang berwajah baru. Dibawah merupakan catatan ringkas untuk kali ini.

Google Analytics Versi Melayu Yang Menggerunkan

Google Analytics Versi Melayu Yang Menggerunkan

Titik terakhir yang terus landai tanpa rasa segan silu. Wot!

Pemalam (plugin) Bagi Kategori
Lihat menu kategori disebelah. Menarik bukan? Menu berpokok ciptaan Christopher Hwang. Anda boleh dapatkan Plugin ini di blog Slipstream. Mudah untuk digunakan dan menghayalkan lagi apabila menu berpokok ini disertakan dengan animasi Ajax.

Baju Oh Baju
Ramai yang menghantar emel bertanyakan baju My Blog. Maaf kalian semua, tak dapat aku nak laksanakan proses pembuatan baju buat masa ini disebabkan apa yang diperlu diutamakan terlebih dahulu. Berkemungkinan dalam masa yang terdekat aku akan kembali dengan topik Baju Oh Baju yang tak perlu anda bayar dengan wang ringgit :)

Nuffnang
Incoming Advertisement On Your Blog! baru semalam aku menjenguk kedalam peti mel. Terima kasih kepada yang sudi meng’klik’.

Wah! Lama tak kemaskini

Jumaat, Mei 25th, 2007

Lama rasanya tak update versimelayu ni. Disebabkan kesibukkan sana sini era aku terpaksa tangguhkan penyuntingan di versimelayu. Jumpa lagi dengan cerita-cerita menarik pada minggu depan yerk..

Terima kasih semua…. :)

Wordpress 2.2 telah dikeluarkan

Rabu, Mei 16th, 2007

Dimana ? http://wordpress.org/download/

Apa tambahan versi 2.2 ? http://wordpress.org/development/2007/05/wordpress-22/

Bye :)