Gunakan Texter! Cara paling cepat mengisi Web Form
Isnin, Jun 18th, 2007Pernah dengar Texter (Windows)?
Disini aku nak berkongsi satu perisian yang cukup cepat untuk kita mengisi ruangan form di laman web. Seperti contoh Komen Untuk Wordpress. Lihat Klip dibawah.
Langkah Pertama
Muat Turun Lifehacker Code: Texter (Windows) dan pasang (install)
Langkah Kedua
Buka Texter dan tekan butang keyboard CTRL+SHIFT+H atau klik pada butang + disebelah -
Satu popup akan keluar.
- Hotstring : Isi kan nama singkatan. Contoh wp @ wordpress
- Sila pilih Script pada downlist menu
- Enter your replacement text here…
- Isikan ruangan tersebut dengan
Nama Anda{Tab}emel@domainanda.com{Tab}http://www.domainanda.com{Tab}Komen Anda - Trigger :Tick pada Tab dan klik ok

Langkah Ketiga
Buka ruangan komen Blog rakan anda dan pada ruangan pertama NAMA isikan wp dan tekan butang TAB pada keyboard. Semua ruangan form akan diisi secara otomatik.
Aplikasi ini boleh digunakan untuk semua web form di internet. Dengan sedikit kajian dan penyelidikan anda boleh menggunakannya di forum, emel dan sebagainya.
Maklumat lanjut boleh di dapati di Blog Lifehacker.
Selamat Mencuba






Setiap hubungan berita, unit kandungan, artikel @ sebagainya dinilai dengan sebiji butang :P. Pligg mungkin baru bagi kita, tetapi impak & kesannya amat luas & mendalam. Pligg mungkin sesuai disamakan dengan Digg. Lihatlah dunia! aplikasi web terkini & ianya amat mudah.
Paste URL dari Youtube form di laman Vixy.net.