Jadikan Blog Anda Sebagai Mesra-Google

Bagaimana kita membenarkan robot-robot google merangkak masuk ke laman blog kita dengan cara yang tersusun? Ikuti langkah-langkah dibawah.

Langkah Pertama
Daftarkan laman blog anda di Google dengan cara menaip atau klik pada link http://www.google.com/addurl/

Daftarkan laman blog anda di Google

Langkah Kedua
Capai pautan ke Google Webmasters Tools. Login mengguna akaun google anda (gmail) atau bina akaun baru.

Setelah anda masuk ke Webmaster Tools Dashboard akan tertera satu ruangan form Add Site. Isikan ruangan tersebut dengan alamat blog anda.

Sekiranya alamat blog anda http://www.contoh.com/ isi dengan http://www.contoh.com/.
Sekiranya alamat blog anda http://www.contoh.com/blog/ isi dengan http://www.contoh.com/blog/
Sekiranya alamat blog anda http://blog.contoh.com/ isi dengan http://blog.contoh.com/

contoh

Langkah Ketiga
Setelah selesai langkah kedua, anda dikehendaki untuk Verify your site.

Verify your site

Selepas anda klik pada Verify your site ikuti langkah seterusnya iaitu verify web anda dengan 2 cara iaitu

1. META tag.
2. Memuat naik file html.

Disini aku lebih syorkan kalian semua memuatnaik file HTML.

Memuat naik file html

Pastikan anda memuat naik file html kosong kedalam Server root yang bernama seperti yang diberikan. Kerana nama file ini adalah berlainan antara Si Abu dan Si Ali. Kalau tertera google6f586f42284199c1.html maka muat naik lah file html yang bernama google6f586f42284199c1.html

Setelah anda memuat naik file tersebut klik pada butang verify. Maka dengan ini web anda telah di identitikan.

Langkah Keempat
Langkah seterusnya adalah robots file. Dimana anda kena muat naik satu file yang bernama robots.txt. Untuk maklumat lanjut dan terperinci tentang robots capai pautan The Web Robots Pages

Saya tak tau benda ni? apa dia? perkataan mudah adalah untuk membenarkan atau tidak membenarkan Google Bot untuk merangkak masuk ke setiap sudut laman blog anda. Anda boleh sekat capaian robot ini. Folder @ link mana yang patut sahaja google-bot boleh masuk. Bagi pengguna Blog berenjinkan Wordpress muat turun file robots.txt ini. Save as dan muat naik ke server root anda.

Antara contoh robots seperti dinyatakan didalam blog cypherhackz.net

Langkah Kelima

Terlebih dahulu anda perlu memuat naik file yang bernama sitemap.xml dan sitemap.xml.gz ke server root anda. Bina file kosong yang bernama sitemap.xml dan sitemap.xml.gz

Atau cara lain muat turun. Extract file sitemap.zip dan upload ke server root anda.

muat naik sitemap

Langkah Keenam

Muat turun Plugin Google Sitemap Generator for WordPress dan berikan ruang 10 minit untuk membaca berkenaan plugin ini.

Muatnaik folder google-sitemap-generator ke dalam folder plugins dan aktifkan nya di wp-admin anda.

Setelah anda mengaktifkan plugin ini, pergi ke menu Options dan pilih pada menu Sitemap

Klik pada butang Rebuild Sitemap

Rebuild Sitemap

Berterima kasih kepada pencipta sitemap ini, kerana memudahkan kerja kita semua. :)

Sekiranya anda mengikuti langkah dari atas hingga kesini, maka proses anda telah berjaya. Sekiranya terdapat Ralat @ error, maka ulangi pembacaan diatas.

Langkah Ketujuh

Dimana langkah terakhir. Capai pautan ke Google Webmasters Tools dan klik pada tab menu Sitemaps

Setelah klik pada menu tersebut kelik pada pautan Add a Sitemap. Disini terdapat 2 tatacara iaitu Add General Web Sitemap atau Add Mobile Sitemap. Sila pilih Add General Web Sitemap dan masukkan URL sitemap anda seperti http://www.contoh.com/sitemap.xml dan klik pada butang Add Web Sitemap.

Add a Sitemap

Maka dengan ini berakhirlah penjelasan kepada tajuk entri pada kali ini. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan kemukakan soalan dan jawapan anda di ruangan komen :)

Selamat mencuba

9 Responses to “Jadikan Blog Anda Sebagai Mesra-Google”

  1. mohdismail Says:

    okeh cun!
    artikel yang bagus ni.. hujung minggu ni aku kasi feature :)

  2. kaSyah Says:

    Bro…very good info. tq. dah berjaya buat tadi :D

  3. versimelayu Says:

    kaSyah : tahniah..

    Diagnostic dan Statistics kat Google Webmasters Tools ni amik masa, sekurang-kurangnya seminggu atau lebih. nanti boleh la tgk aktiviti google-bot pada web. :)

  4. azwanhadzree Says:

    aku pun ada satu post utk ini tapi tak siap lagi.

    kalau dah nak guna google webmaster tools ni, lupakan sahaja langkah pertama, tak perlu.

  5. mixterr Says:

    aku ade buat tapi mcm ade masalah cube tgk mane tahu ade org leh bantu?

    Successfully built sitemap file:
    - URL: http://blog.mixterr.com/sitemap.xml
    - Path: /var/www/vhosts/mixterr.com/subdomains/blog/httpdocs/sitemap.xml

    Could not write into /var/www/vhosts/mixterr.com/subdomains/blog/httpdocs/sitemap.xml.gz

    Successfully pinged Google at http://www.google.com/webmasters/sitemaps/ping?sitemap=http%3A%2F%2Fblog.mixterr.com%2Fsitemap.xml

  6. versimelayu Says:

    Could not write into /var/www/vhosts/mixterr.com/subdomains/blog/httpdocs/sitemap.xml.gz

    apa kata chmod sitemap.xml.gz kepada 777

  7. Fahmishah Says:

    terima kasih sebab berkongsi.anyway langkah pertama tu mmg aku x pnh miss..haha

  8. mixterr Says:

    THank you versimelayu… dah jadi dah..

  9. Astika wiz Says:

    Tq,,sya tak tahu buat benda tu,,nasib ada awak bagi maklumat ni,,tengkiu ya…tq…sia nak cuba ni,,,harap boleh,,sbb dah lama saya cuba,,eror mlu…

Leave a Reply